Hot Selling Products
News & Events
EPISOD 1: Tips Penjagaan Minyak Enjin Yang Bagus!
Anda disarankan untuk menukar minyak enjin motorsikal anda pada setiap 1500km-2000km perjalanan. Sekiranya tidak, prestasi enjin anda akan mulai merosot, enjin mudah panas atau berlakunya kerosakan komponen dalaman. Jangan lupa gunakan minyak enjin PJ1 untuk hasil yang memuaskan.
EPISOD 2: Tip Penukaran Penapis Bahan Api Motorsikal!
Penapis bahan api ataupun dikenali sebagai “fuel filter” berperanan menapis kotoran dari minyak petrol sebelum ke kebuk pembakaran. Enjin motorsikal terasa berat ataupun berlakunya “jerking” merupakan tanda bahawa penapis bahan api motorsikal anda sudah tersumbat. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk sentiasa menukar penapis tersebut pada setiap 10,000km perjalanan.
EPISOD 3: Tips Penukaran Coolant Untuk Motorsikal Anda!
Seperti yang kita tahu, “coolant” memainkan peranan penting untuk menghalang enjin daripada mengalami masalah panas melampau (overheating) ketika cuaca panas, dan membeku (freezing) dalam cuaca sejuk ekstrem yang mana kedua-dua situasi itu mampu menyebabkan kerosakan teruk ke atas enjin. Penukaran “coolant” pada 20,000km perjalanan adalah disarankan. Dan sentiasa pastikan bahawa bendalir itu tidak berada pada tahap minimum supaya sistem penyejukan dapat berfungsi seperti sepatutnya.